Thursday, 29 November 2012

PutriSyah..

Di Internet...


Hari ini hari minggu aku berasa bosan sangat tidak tahu nk ke mana-mana. Dalam hti " arggg bosan nya hari ni, apa la yg aku nk wat nie kn" .Terdetik hati hatiku utk membuka laptop merahku utk mencari sesuatu utk menghilangkn bosan ku ini. Aku membuka laman pekenalan yang agak panas masa itu dan ramai ahlinya. Aku mencari-cari kenalan dan memilih dia antara perempuan- perempuan yang aku rasakn dapat menjadi sahabat aku. Ramai yang aku pilih menjadi teman maya aku dan aku hanya gelarkan diri aku hanya Syah sahaja. Biar la mereka tak tahu nama sebenarku..

Seteleh berapa lama aku berasakn agak bosan kerana tiada jawapan dari message yang aku hantarkan."mungkin diorang sibuk kot, nanti ada masa diaorang balas la"..em tiba-tiba terhenti jari aku menekan tetikus laptop ku. Melihat gambar seorang gadis ni sungguh-sungguh cantik dan terpesona aku melihatnya..Lantas terus aku meminta untuk dia menjadi sahabatku di laman ini.

ermm lama aku meninggu.."mungkin dia tak nak kawan orang macam aku nie, tak apa la gitu" bisik hati aku.

Aku menutup laptopku...


Sunday, 15 April 2012

Rindu Kamu..

Pagi cerah..
Sejuk terasa di dada..
Duduk ku memandang..
Rumput hijau dihadapan..
Terasa bahagia setiap pagi..
Mengharap pertemuan kekasih hati..


Sayang..
Ku ingin jumpa dgn mu saat ini..
Ku amat merindukan mu..

Ku rindu senyum manis mu,
Ku rindu lirik matamu,
Ku rindu hidung mancung mu,
Ku rindu lembut bibir mu..
Ku rindu lentik jarimu untuk ku cium..
Ku rindu hitam rambut mu utk ku belai..


Sayang..
Walau kau bukan milikku..
Walau hatimu tak selalu untukku..
Aku akan tetap menyayangimu..
Aku akan tetap menjagamu..
Hatiku kan selalu memanggil namamu..

Percayalah..
Hatiku kini milikmu..
Kan selalu kunanti hadirmu disisiku..
Selalu kunanti..
bersama embun embun rindu…


Semilir angin getar amarah..
gelora renjana teramat sangat
inilah rasa..
dalam pacu-pacu waktu yang tak tertahankan

kekasih…..
 aku rindu padamu
:(

Tuesday, 3 January 2012

Kembalikan ku...

Pedeh hati menanggung rindu
perit jiwa menikam kalbu
sesal diri menanggung malu
lemah tubuh pengakhiran ditunggu

hidup di dunia tiada makna
derita merana menanggung dosa
sedeh selamanya berderai air mata
jauh pandangan penuh hiba

tiupan indah di ganggu mimpi
arah pndangan kanan ke kiri
mencari yg pergi tidak akan kembali
jeritan sayu meronta hati

huhh...

jasad cari haluan baru
mencari sinar cahaya ilmu
walaupun jauh beribu batu
akan dikejar tak kira waktu

pimpin hati pada yang esa
sujud tanda syukur pada NYa
tenang hati jiwa bahagia
pedoman diari halusinasi derita

pengalaman dahulu menyusuk kalbu
matangkan diri di alam baru
hidup penuh arah tuju
berguna hingga akhir hayat ku